Cara dia simple ja...
pertama sekali kenalah ada duit simpanan yang memang untuk disimpan(bukan duit emergency) lepas tu tukarkan duit simpanan kita jadi simpanan emas.So,bermulalah perjalanan kita untuk buat duit dari duit simpanan kita tadi, Bawah ni saya ada sertakan contoh pengiraan untuk kita pusingkan duit simpanan kita.
contoh:
Duit simpanan: RM 15,000.00
Tukarkan duit simpanan tu kepada emas.
Contoh masa tu kita dapat emas dibawah harga market RM130/g,so,duit simpanan RM 15,000.00 dibahagikan dengan RM130/g= 115g emas yang kita akan dapat dengan harga RM130/g.
Emas tadi tu kita jual dengan harga RM135/g so untung RM5/g darab dengan 115g emas kita tadi. Total untung yang kita dapat RM575 selepas kita restok emas kita dengan berat yang sama iaitu 115g emas.
Kenapa emas ?
*sebab emas boleh dipajakgadai jika perlu duit masa emergency.
*Emas yang disyorkan ialah Barang Kemas Padu sahaja samada emas 916/999.
Besi burOOk store
Assalammualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Besi burOOk. PEACE NO WAR!!
Monday, January 12, 2015
Sunday, January 4, 2015
Kenapa emas padu/barang kemas padu ?
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ini..
Mungkin ada yang bertanya bagaimana simpan emas ini boleh menguntungkan?semasa pertama kali saya membeli emas baru saya tahu akan kehebatan emas ini jika dijadikan sebagai simpanan masa hadapan mala saya juga boleh buat duit daripada simpanan emas ini. Tetap hari ini saya tidak akan bercerita bagaimana nak buat keuntungan daripada simpanan emas tapi saya nak bagi tahu mengapa simpan emas padu?
Mengapa emas padu/barang kemas padu sebab boleh di pajakgadai/arrahnu. Kebanyakannya arrahnu akan menerima barang kemas padu sahaja untuk dipajakgadaikan. So sekiranya satu hari kita perlukan duit emegency ,kita boleh menggunakan simpanan emas kita untuk dipajakgadaikan dalam arrahnu tanpa ragu-ragu . So, kalau nak simpan emas simpanlah emas padu.
Sekian dari saya, terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca coretan saya yang tak seberapa ini. 😅
Subscribe to:
Posts (Atom)